Header Ads

Kelebihan Hari Kamis Dalam Islam

 Hari Kamis 


Keberkatan hari kamis dalam Islam



Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Kamis,
... membaca Yaasin pada malam Juma'at dan sebagainya.


Hari Kamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai Ø§Ù„خميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”.
Buat pengetahuan pembaca sekalian, hari Kamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat.



Kerana Allah memerintahkan Penunaian.
Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.
Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Kamis menurut sejarah Islam adalah:
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusuf berjumpa dengan Nabi Yusuf setelah mereka membuang dan mengasingkannya..
(pada masa ini, Nabi Yusuf sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin yaitu saudara kecil Nabi Yusuf datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusuf.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga… untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Kamis untuk mengajak fir'aun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah S.A.W memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Selain itu pada hari Kamis ini juga disunatkan untuk umat Islam melakukan puasa sunat.
Ada banyak fadhilah dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini
kerana Rasulullah S.A.W mengambil berat puasa pada hari Kamis.

Dalilnya disunatkan berpuasa hari Kamis:
Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;
“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Senin dan Kamis”
(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).
Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;
“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Senin dan Kamis.
Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”
(Riwayat Imam Tirmizi).

Doa hari Kamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda
amalkan selepas Solat 5 waktu pada hari Kamis ini.
Ya Allah, ya Tuhan kami, Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu,
berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat
memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepadakami ilmu, iman dan amal.
Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi
manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat,
doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar,
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Buka juga :

Post a Comment

0 Comments